Monday 16 January 2012

LUAHAN HATI : SAHABAT SEJATI

Dalam dunia tiada siapa pun yang boleh hidup tanpa sahabat, kawan atau rakan. Kita semua saling memerlukan. Bezanya dia baik dgn kita atau rapat dgn kita semuanya bergantung kepada individu tersebut.

Ada pepatah mengatakan bahawa Kawan ketawa sangat senang dicari tapi kawan menangis sangat susah dicari.
Kenapa kita perlukan kawan?
Bagi yang telah berkahwin, masih perlukah kawan di samping dirimu?



Peranan seorang kawan sangat penting sebab kawan yang baik pasti tidak sanggup melihat kawanya berbuat salah. Dia akan menasihatinya. Kekadang kita terlupa akan sesuatu perkara. Kita hanya memikirkan diri kita. Kita sentiasa rasa kita betul sebab kita buat benda baik. Tapi kita terlupa yang sebenarnya kebaikan yang kita buat tu hanyalah untuk orang lain dan buruk untuk kawan kita. Kita tidak pedulikan perasaan dia, pada kita "takpelah dia kawan kita. Dia pasti faham". Tapi kita lupa bahawa dia juga insan biasa, manusia mana ada yang sempurna. Begitu juga dia. Jadi kita abaikan perasaan dia. Kita tak pedulikan emosi dia.

Kita mengharapkan kawan baik kita sempurna kerana dia akan mebantu kita dalam menjalani kehidupan, menasihati kita saat kita perlukannya. Tapi kita terlupa, sebenarnya kita pun perlu sempurna tuk dia. Kawan baik adalah cermin diri kita. Kita sentiasa perlukan cermin tuk memeriksa keadaan diri kita, sampaikan kita pun terlupa cermin juga perlu dijaga. Kerna habuk juga akan melekat padanya. Tugas kita tuk membersihkannya seperti mana dia membantu kita.

Jagalah kawan baik anda, jangan dilukai hatinya. Kawan baik yang akan menangis bersama kita sangat susah untuk ditemui. Jika anda sudah temuinya peganglah dia, jangan senang-senang lepaskannya sebab kehilangannya mungkin mengambil masa tuk anda mencarinya semula.



Zara :// Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ku pohon kemaafan darinya. Berilah peluang kedua untukku. Akan ku hargai dirimu sebaik-baiknya.

1 comment: