Thursday 19 January 2012

NILAI SEORANG SAHABAT


Oleh : Zara Nur Arissa

Aku melihat dia dari kejauhan,
Wajah yang kurindui,
Sedih, Suram, Letih, Penat.

Aku cuba mencari wajahnya yang dulu,
Wajah yang sentiasa membuat ku ketawa,
Wajah yang selalu mengusikku,
Wajah yang selalu membuat ku tertunduk malu,
Wajah yang membuatkan ku lupa segala masalahku.
Tapi  kini,
Wajah itu telah tiada,

Wajahnya kini,
Mempamerkan ketabahan hatinya,
Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup,

Wajahnya kini,
Menunjukkan kekuatan dirinya,
Kekuatan dirinya dalam mengharungi pahit gentir hidup ini.

Aku kata aku menerima ketentuan takdir,
Tapi kenapa aku masih mengeluh nasibku begini?
Aku kata aku boleh terima keputusan yang telah dibuat,
Tapi kenapa aku masih mencari dia untuk membantuku mengubah keputusan itu?

Aku mencari dia,
Aku menceritakan bebanan yang kutanggung,
Aku megeluh dihadapannya,
Aku memaksanya membantuku…

Tanpa aku sedari,
Yang hatinya sendiri sedang berduka,
Dirinya sedang berhadapan dugaan yang lebih hebat dariku,
Hidupnya sedang diuji…

Namun,
Dia tidak pernah mengatakannya,
Dia menasihatiku,
Dia memujukkku,
Dia menenangkan hatiku yang sedang bercelaru ini.

Dia lakukannya tanpa sedikitpun memberitahuku,
Bahawa hatinya sedang merintih,
Perasaannya sedang dilukai,
Hidupnya sedang diperkotak katikkan.
Tapi,
Dia biarkan masalahnya,
Dia cuba menyempurnakan dirinya untukku…
Kerna,
Aku sahabatnya.

Tapi,
Layakkah aku digelar sahabatnya?
Adilkah dirinya menerima sabahat sepertiku?
Bodohkah aku seandainya aku melepaskan sahabat sepertinya?

Aku insan terpilih,
Terpilih untuk menjadi sahabatnya,
Namun aku tak menghargainya,
Aku menjadikannya dahan untuk aku bergayut,
Apabila sudah penat, aku lepaskannya,
Aku biarkan dirinya sendiri.

Aku bertuah memiliki sahabat sepertinya dan
Aku malang kerana tidak menghargai dirinya…..

Monday 16 January 2012

LUAHAN HATI : SAHABAT SEJATI

Dalam dunia tiada siapa pun yang boleh hidup tanpa sahabat, kawan atau rakan. Kita semua saling memerlukan. Bezanya dia baik dgn kita atau rapat dgn kita semuanya bergantung kepada individu tersebut.

Ada pepatah mengatakan bahawa Kawan ketawa sangat senang dicari tapi kawan menangis sangat susah dicari.
Kenapa kita perlukan kawan?
Bagi yang telah berkahwin, masih perlukah kawan di samping dirimu?



Peranan seorang kawan sangat penting sebab kawan yang baik pasti tidak sanggup melihat kawanya berbuat salah. Dia akan menasihatinya. Kekadang kita terlupa akan sesuatu perkara. Kita hanya memikirkan diri kita. Kita sentiasa rasa kita betul sebab kita buat benda baik. Tapi kita terlupa yang sebenarnya kebaikan yang kita buat tu hanyalah untuk orang lain dan buruk untuk kawan kita. Kita tidak pedulikan perasaan dia, pada kita "takpelah dia kawan kita. Dia pasti faham". Tapi kita lupa bahawa dia juga insan biasa, manusia mana ada yang sempurna. Begitu juga dia. Jadi kita abaikan perasaan dia. Kita tak pedulikan emosi dia.

Kita mengharapkan kawan baik kita sempurna kerana dia akan mebantu kita dalam menjalani kehidupan, menasihati kita saat kita perlukannya. Tapi kita terlupa, sebenarnya kita pun perlu sempurna tuk dia. Kawan baik adalah cermin diri kita. Kita sentiasa perlukan cermin tuk memeriksa keadaan diri kita, sampaikan kita pun terlupa cermin juga perlu dijaga. Kerna habuk juga akan melekat padanya. Tugas kita tuk membersihkannya seperti mana dia membantu kita.

Jagalah kawan baik anda, jangan dilukai hatinya. Kawan baik yang akan menangis bersama kita sangat susah untuk ditemui. Jika anda sudah temuinya peganglah dia, jangan senang-senang lepaskannya sebab kehilangannya mungkin mengambil masa tuk anda mencarinya semula.



Zara :// Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ku pohon kemaafan darinya. Berilah peluang kedua untukku. Akan ku hargai dirimu sebaik-baiknya.

Saturday 14 January 2012

LUAHAN HATI : BILA PERASAAN MARAH MENGUASAI DIRI

Benarlah apa yang diriwayatkan iaitu orang yang paling hebat adalah bila dia dapat mengatasi perasaan marahnya.

Kerana turutkan perasaan marah aku telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Aku hanya fikirkan diri aku yang dibebani dengan kerja yang bertimbun. Sedangkan dia pun adalah masalah yang berat. Tapi aku tak pernah nak fikirkan. Bagi aku, dia lelaki dia mesti lebih kuat dari aku dan dia mesti boleh atasi masalah dia. Jadi aku buat apa yang aku suka. Sikit pun Aku tak pernah terfikir yang tindakan aku ni akan mengecewakan dirinya. Aku tak biarkan keadaan reda, aku terus je marah-marah. Aku hanya fikirkan yg aku geram dia marah aku. Aku tak fikir lansung kenapa dia marah aku?....


Jangan sesekali biarkan perasaan marah menguasai diri. Jangan mengeluarkan apa2 perkataan pun sewaktu anda tengah marah. Dan yang paling penting, jangan buat keputusan di saat emosi anda tidak stabil.

Tuesday 10 January 2012

5 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH

"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri" - Hati boleh menghancurkan diri sendiri...

1) Jangan resah dan gelisah - Jangan selalu mengeluh dengan keadaan diri kerana ramai lagi yang malang

2) Jangan sedih dan berasa derita - Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar

3) Jangan lemah dan malas - Aktifkan diri dengan ibadat,berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah

4) Jangan banyak berhutang - Nafsu jika dituruti kita tidak akan berasa puas.

5) Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim.

Sunday 8 January 2012

NILAI SEORANG WANITA SOLEHAH

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya." - Hadis riwayat At- Tabrani.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran. Jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya. Seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik." - Hadis riwayat Ibnu Majah.




"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah" - Hadis riwayat Muslim.

"Dunia ini adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah."

Renung-renungkanlah....

TIP MENJADI WANITA YANG CANTIK

Berikut merupakan beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi "insan cantik" secara luaran dan dalaman:

1) Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan
2) Pandai membezakan yang mana baik dan buruk
3) Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat
4) Berilmu pengetahuan dan bermaklumat
5) Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda
6) Menghormati diri dan orang lain
7) Berlaku adil dalam pergaulan dan juga semasa membuat pertimbangan
8) Menjauhi maksiat
9) Memahami hak dan tanggungjawab sebagai rakyat
10) Mesra alam

Thursday 5 January 2012

PESANAN BUAT WANITA



Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).

Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.

Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?

Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU.

Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan".

Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu?

Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi.

Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma " Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu".

Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang, Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.


BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

Sunday 1 January 2012

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog....

Actually saya bukanlah peminat tegar Blog tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang Penulisan dan saya juga suka menghabiskan masa dengan membaca, jadi saya ambil kesempatan untuk membuat Blog saya iaitu Zara Nur Arissa.

Kepada pembaca-pembaca blog semua saya ucapkan terima kasih berbanyak kerana sudi membaca. Diharap agar nukilan yang dipost dalam blog saya ini memberi manfaat kepada anda semua...