Saturday 31 December 2011

JIKA NABI MUHAMMAD S.A.W DATANG MENZIARAHIMU

Jika Rasulullah S.A.W datang ke rumah untuk meluangkan masa sehari dua bersamamu, apakah yang akan kau lakukan untuk menyambut kedatangannya?

Adakah kau akan sembunyikan buku duniamu?
Dan kau mula membeli segala buku hadis untuk memenuhi rak buku di rumahmu?

Atau kau sembunyikan majalah-majalahmu?
Dan kau hiasai mejamu dengan Al-quran yang telah berdebu?

Adakah kau masih tetap menonton filem di tv?
Atau dengan cepatnya kau matikannya sebelum dilihat Rasulullah dan gantikannya dengan cd ceramah-ceramah agama?

Mahukah kau membawa Rasulullah berkunjung ke tempat yang biasa kau datangi?
Atau dengan cepat kau mula menjejaki masjid yang sentiasa menganjurkan forum agama?

Sejujurnya adakah kau begitu bahagia sepanjang Rasulullah mengunjungimu?
Atau kau tersiksa kerana terlalu banyak yang kau perlu sembunyikan?

Terlalu menarik untukku tahu apa yang akan kau lakukan saat menerima kunjungan Rasulullah...