Wednesday, 11 September 2013

CERPEN_KERANA HATI BICARA


Tajuk : Kerana Hati Bicara



Dato’ Rashid mencapai senaskah akhbar hiburan yang telah disediakan di dalam kafe D2B sementara menanti pemandunya tiba. Terpampang tajuk utama akhbar, “Gadis Misteri Dalam Hidup Amirul”. Berita tersebut menjadi tumpuannya. Artikel yang menceritakan mengenai Amirul sedang menyulam cinta dengan seorang gadis yang tidak dapat dikesan identitinya itu dibaca dengan teliti. Dia sangat mengenali Amirul kerana Amirul telah dilantik untuk menjadi Jurucakap kepada perabot keluaran syarikatnya selama tiga tahun. Amirul telah dipilih oleh Shafie kerana Amirul mempunyai personaliti sebagai selebriti yang sangat dikagumi oleh rakyat Malaysia. Sikapnya yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang sangat disenangi oleh para peminatnya. Tutur katanya yang sopan membuatkan dia sangat mudah untuk didekati. Dikurniakan rupa paras yang kacak juga menjadikan dia seorang yang sangat sempurna untuk dilabelkan sebagai lelaki idaman.
Usai membaca, Dato’ Rashid hanya mampu menggelengkan kepalanya. Penulis tersebut bersungguh-sungguh mahu mengorek rahsia cinta Amirul. Pelbagai penilaian dan tafsiran yang ditulis bagi menggambarkan wanita istimewa yang telah menjadi pilihan Amirul.
“Kisah peribadi orang pun nak dijual. Nasib kamulah Amirul. Ini jalan yang kamu pilih.” Komen Dato’ Rashid.
“Maaf Dato’. Saya terlambat.” Ucap Kasim. Dato’ Rashid yang agak terkejut dengan ucapan maaf dari Kasim yang muncul secara tetiba di sebelahnya hanya menganggukkan kepala. Dia segera melipat dan meletakkan semula akhbar tersebut ke tempat asalnya. Kemudian dia bingkas bangun dan terus mengikut langkah pemandunya itu menuju ke arah kereta yang di parkir bertentangan dengan kafe tersebut.
“Rania hendak ke mana Pak Kasim?” tanya Dato’ Rashid apabila dia mengetahui kelewatan Kasim menjemputnya adalah untuk menghantar Rania kerana kereta Rania telah mengalami kerosakan.
“Ke rumah Encik Shafie, Dato’. Cik Rania nak teman Encik Shafie ke majlis ulang tahun syarikat kawannya.” Dato’ Rashid mengangguk. Hatinya mula kerisauan. Rania semakin kerap keluar rumah. Walau pun ditemani Shafie, hatinya masih berasa bimbang kerana Rania adalah anak tunggalnya. Tingkah laku Rania mencerminkan maruah keluarga.

Bukan ke itu Shafie? Mana Rania?
“Pak Kasim berhenti sekarang kat tepi!” Arah Dato’ Rashid. Pak Kasim yang terkejut dengan arahan tersebut segera memberi lampu signal kiri. Tergesa-gesa dia mengambil laluan kiri. Apabila kereta telah berhenti, Dato’ Rashid segera keluar dan memerhati ke arah kedai bengkel kereta yang berada di seberang jalan tidak jauh dari situ.
Memang itu Shafie. Tapi mana Rania? Dato’ Rashid mula bimbang. Segera dia mencapai telefon bimbitnya dan terus menghubungi Rania.
“Hello papa.” Terdengar suara Rania di hujung talian.
“Rania, kamu kat mana?”
“Kat rumah Shafie papa. Kenapa?”
“Dengan siapa?” Rania mula merasa tidak sedap hati dengan pertanyaan dari ayahnya.
“Dengan Shafie lah papa. Kenapa ni papa?”. Mendengarkan jawapan dari Rania itu telah membuatkan Dato’ Rashid berasa kecewa. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Rania. Rania tidak pernah menipunya.
It’s ok. Cuma jangan balik lewat. Jangan sampai menyusahkan Shafie untuk hantar kamu pulang.” Pesan Dato’ Rashid dengan suara yang cuba dikawal supaya anaknya tidak dapat mengesan kerisauan yang telah bersarang dihatinya. Pesanan tersebut diterima dengan baik oleh Rania. Dia berasa lega mendengarnya. Sangkaannya, ayahnya tidak dapat menghidu perkara yang cuba disembunyikannya. Sebab itu ayahnya menamatkan perbualan dengan cepat. Tetapi hakikat sebenarnya Dato’ Rashid telah merancang sesuatu. Dia perlu mencari sendiri jawapan mengapa Rania sanggup menipunya. Dia segera mengarahkan Kasim untuk beredar dari situ sebelum disedari oleh Shafie. Arah tujunya sekarang ini adalah pejabat dan bukannya rumah. Dia mahu mencari sesuatu di bilik pejabat anak gadisnya. Gerak hatinya kuat mengatakan rahsia anaknya ada di dalam bilik tersebut.

Sampai sahaja di hadapan bangunan wisma miliknya, Dato’ Rashid terus membuka pintu kereta dan keluar tanpa mempedulikan keadaan kereta yang masih belum dimatikan enjinnya. Dari jauh, Dato’ Rashid memberi isyarat menyuruh Kasim menunggu di dalam kereta sahaja sementara dia ke bilik Rania. Sebaik sahaja sampai di aras sepuluh, Dato’ Rashid segera mengarahkan kerani Rania, Maria yang masih belum pulang untuk membuka pintu bilik Rania yang berkunci. Dato’ Rashid terus menuju ke arah almari pakaian Rania sebaik sahaja pintu bilik tersebut dibuka.
“Dato’ nak saya bantu ke?” tanya Maria apabila dia melihat Dato’ Rashid seolah mencari sesuatu di dalam bilik tersebut.
“Tak perlu. Awak keluar dan tutup pintu tu.” Maria hanya mengangguk dan segera beredar. Dato’ Rashid beralih ke ruang meja kerja Rania. Dia membuka laci-laci di bawah meja tersebut. Juga tiada apa yang pelik dijumpainya. Walaupun dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dicarinya, tapi dia masih tetap meneruskan tindakannya. Setelah hampir satu jam mencari, Dato’ Rashid mula berputus asa dan berhasrat untuk pulang sahaja ke rumah. Tetapi hasratnya terhenti apabila dia terpandangkan sebuah foto album yang terletak di atas kabinet rendah berhadapan dengan meja kerja Rania. Foto album tersebut berbentuk hati  dan nampak istimewa. Dia segera membelek foto album tersebut.
Dia benar-benar terkejut apabila melihat koleksi gambar-gambar Amirul di dalam foto album tersebut. Kenapa Rania menyimpan gambar-gambar Amirul? Pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya. Dia terus menyelak helaian foto album tersebut. Dan buat sesaat dia dapat rasakan jantungnya seakan terhenti apabila melihat foto yang terakhir iaitu gambar Rania sedang memaut erat lengan Amirul. Anaknya kelihatan sangat mesra dengan Amirul. Tahulah dia kini bahawa Rania sedang bercinta dengan Amirul. Pesanan awalnya kepada Rania supaya jangan menjalinkan sebarang hubungan dengan penyanyi tersebut tidak diendahkannya. Dia sangat tidak bersetuju dengan pilihan anaknya. Amirul bukan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidupnya. Hubungan ini perlu ditamatkan sebelum ia menjadi lebih serius. Itulah keputusannya.

            “Kenapa ni papa. Rania dah besar. Rania berhak untuk tentukan siapa pasangan Rania.” Tegas suara Rania saat meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia dipanggil secara tergesa-gesa pada waktu pagi itu oleh PA ayahnya hanya semata-mata untuk meminta dia memutuskan hubungannya dengan Amirul. Rania benar-benar kecewa dengan sikap ayahnya yang dianggap sudah ketinggalan zaman.
“Kerjaya kamu berdua sangat berbeza. Timbul tidak sefahaman di kemudian hari nanti.” Keras nada suara Dato’ Rashid.
“Tak papa. Amirul bukan macam tu. Rania boleh faham kerjaya dia. Takkan ada masalah. Kami sefahaman papa.” Rania masih cuba mempertahankan cintanya.
“Papa jumpalah Amirul dulu. Kenal dulu dia macam mana orangnya.” Rania masih mengharapkan agar ayahnya berubah fikiran.
“Papa dah jumpa. Dan papa tahu Amirul seorang lelaki yang baik. Tapi itu bukan jaminan kamu berdua akan bahagia. Sudahlah kamu berdua berlainan latar belakang, kerjaya juga berbeza.” Larang Dato’ Rashid. Rania hampa. Dia berusaha untuk mempertahankan hubungannya dengan Amirul. Pelbagai alasan diberikannya tetapi ayahnya tetap dengan pendiriannya supaya mereka berdua berpisah.
“Rania, keputusan papa muktamad. Sekarang ni kamu pilih. Kamu nak putuskan hubungan kamu berdua atau kerjaya Amirul musnah. Pilihan di tangan kamu.”
“Papa!” Rania sangat terkejut dengan keputusan terakhir ayahnya. Kenapa ayahnya boleh berubah laku begini? Ayahnya bukan seorang yang pentingkan diri. Rania benar-benar buntu. Tanpa memberikan apa-apa jawapan Rania terus keluar meninggalkan ayahnya dengan perasaan yang sangat tidak puas hati. Dato’ Rashid hanya mampu mengeluh melihat sikap Rania. Dia benar-benar perlu buat sesuatu untuk memisahkan mereka berdua sebelum hubungan mereka bertambah serius.

“Aku tak boleh terima keputusan papa. Bagi aku papa sangat pentingkan diri sendiri. Tentu ada orang menghasutnya.” Bentak Rania. Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya dekat Shafie. Shafie merupakan sahabat baiknya sejak kecil. Dia mengenali Shafie kerana dia adalah anak kepada Siti Aishah, bekas pembantu rumahnya. Umur mereka yang hanya berbeza tiga tahun membuatkan mereka kelihatan seperti rakan sebaya. Walaupun Siti Aishah telah berhenti menjadi pembantu rumahnya sepuluh tahun yang lalu kerana masalah kesihatan, ia bukanlah penghalang kepada persahabatan yang telah terjalin antara mereka berdua. Malah kini Shafie merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat ayahnya. Shafie dilantik oleh ayahnya kerana Shafie sangat berkelayakan. Sikapnya yang sentiasa tenang dan penyabar membuatkan ayahnya yakin menyerahkan syarikat tersebut untuk diuruskan oleh Shafie. Dia sendiri tidak setanding dengan Shafie dalam membuat sebarang keputusan untuk syarikat.
“Tentu ada alasan kenapa papa kau halang hubungan ni. Sejak kecil papa kau sentiasa berikan yang terbaik untuk kau.”
“Ini pilihan aku Shafie. Aku akan bahagia bersama Amirul. Kenapa susah sangat dia nak setuju?” Marah Rania. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan. Nasihat dari Shafie dibiarkan sahaja. Sedikit pun dia tidak ambil peduli. Namun Shafie masih tetap cuba untuk menenangkan Rania.
“Itu kata kau Nia. Seorang ayah tidak melihat kebahagian anaknya untuk jangka masa pendek. Kau kena ingat, ayah kau seorang pelabur. Dia melihat perkahwinan kau dari sudut lain. Ayah kau menentang bukan kerana Amirul tidak layak dijadikan menantu tetapi kerana kerjaya korang berdua yang berbeza." Rania mengalihkan pandangannya ke arah Shafie. Kata-kata Shafie menarik perhatiannya.
“Kau bekerja di pejabat dan ada masa tetapnya. Amirul tidak bekerja di pejabat dan tiada masa tetap. Dia tidak dapat menentukan masa lapangnya.” Sambung Shafie.
“Kau menawarkan kerja kepada orang tetapi Amirul menunggu tawaran kerja dari orang.” Rania mengetap bibir. Hatinya cuba menafikan kebenaran dalam kata-kata Shafie.
“Tapi kerjaya yang sama juga belum tentu menjanjikan kebahagiaankan? Sekarang ni pasangan yang mempunyai banyak persamaanlah yang paling banyak bercerai.” Shafie tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Rania masih tidak dapat menerima hakikat hubungannya dengan Amirul perlu dihentikan.
“Jadi, apa yang kau nak buat sekarang? Nak bawa Amirul jumpa papa kau?” tanya Shafie. Untuk seketika Rania hanya mendiamkan diri. Dia cuba untuk mencari penyelesaian tanpa mengguriskan hati kedua-dua pihak.
“Hubungan ini tetap diteruskan. Amirul tidak perlu tahu. Apa nak jadi, jadilah. Yang pasti, aku tak sanggup kehilangan Amirul.” Luah Rania dengan nada yang sangat perlahan. Dia benar-benar kecewa hubungan cintanya tidak direstui oleh ayahnya. Dia sendiri tidak menyangka yang perkenalan yang pada mulanya atas dasar kerja telah mewujudkan perasaan cinta dalam hati mereka. Kebaikan yang ada dalam diri Amirul telah membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki itu. Dia yakin menerima huluran cinta Amirul kerana Shafie juga merestui hubungan tersebut. Shafie menyakinkan dirinya bahawa Amirul adalah calon yang terbaik sebagai suaminya. Kini setelah hampir dua tahun dia menyulam cinta dengan Amirul, ayahnya pula menghalang. Dan lebih merumitkan keadaan, Shafie juga bersependapat dengan ayahnya.

            “Kenapa show tu dibatalkan?” Irwan hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Amirul. Dia sendiri terkejut apabila menerima panggilan telefon yang memberitahu persembahan Amirul terpaksa dibatalkan kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Amirul berjalan menuju ke beranda kondominiumnya. Dia membuang pandanganya ke bawah. Ini bukan kali pertama persembahannya dibatalkan pada saat-saat akhir. Dia menolak tawaran lain bagi memenuhi tawaran-tawaran tersebut. Tetapi alih-alih tawaran tersebut dibatalkan tanpa alasan yang kukuh. Kerjayanya semakin hari semakin merundum. Tawaran juga semakin berkurangan. Lebih mengeruhkan keadaan, album studionya yang dijadual untuk dipasarkan pada bulan ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada penyanyi baru. Wartawan-wartawan juga sudah kurang menulis mengenai dirinya.
“Aku tak boleh menyerah kalah. Insya Allah rezeki aku ada.” Bisik hati kecil Amirul.
           
            Pelbagai aktiviti dilakukan oleh Amirul bagi menaikkan semula namanya. Dia cuba mencari rezeki dengan membuat persembahan pentas di Fun Fair. Dia juga melibatkan dirinya dalam semua aktiviti hiburan yang dianjurkan untuk selebriti. Walaupun setiap yang dilakukannya tidak membuahkan hasil, Amirul tidak mengalah. Dia teruskan juga perjuangannya kerana Rania sentiasa menemaninya di sisi.
Melihatkan kerjaya Amirul sudah berada di tahap kehancuran, Rania mula membuka rahsianya. Dia menceritakan kesemuanya kepada Amirul. Ayahnya adalah punca di sebalik semua yang terjadi. Amirul benar-benar terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa kerjayanya musnah adalah angkara ayah Rania. Dia benar-benar kehilangan kata-kata.
“Maafkan I Amirul. I tak sangka papa I akan buat macam tu. I ingat dia akan beralah bila I tetap dengan keputusan I. Ternyata I silap. Dia benar-benar tak boleh terima hubungan kita.” Ujar Rania dalam esak tangisnya. Air matanya yang jatuh mengalir di pipi dibiarkan sahaja. Tangannya mengenggam erat tangan Amirul. Namun Amirul masih tetap diam seribu bahasa. Tiada sebarang reaksi.
“Jika hubungan kita ni hanya akan membawa kedukaan dalam hidup U, lebih baik kita berpisah. I tak sanggup tengok hidup U macam ni. Seolah-olah I ni membawa malang dalam hidup U sahaja.” Luah Rania sambil melepaskan genggaman tanggannya. Amirul tersentak dengan keputusan Rania yang mendadak itu. Dia cuba mencari kepastian dalam kata-kata yang baru sahaja dilafazkan itu. Adakah Rania benar-benar nekad untuk meninggalkannya. Amirul tertunduk lemah.
“Kerjaya I dah hilang dan sekarang U nak pergi tinggalkan I?” Lemah kedengaran nada suara Amirul. Dia mengangkat mukanya. Memandang lembut wajah Rania.
“Rania, kerjaya yang musnah boleh dibina semula. Boleh dicipta semula kegemilangannya. Tapi cinta yang hilang sangat sukar untuk dicari semula. Sukar untuk dicipta semula. Jangan tinggalkan I Rania. Tak mungkin I dapat cari cinta seperti ini lagi. Please Rania.” Amirul mencapai semula tangan Rania. Dia mengenggam erat tangan Rania. Dalam esakan, Rania mengangguk berulang kali. Dia berjanji tidak akan meninggalkan Amirul.

            “Aku nak kahwin lari dengan dia.” Shafie terkesima. Rania yang tergesa-gesa mahu berjumpa dengannya pada malam itu hanya untuk memberitahu keputusan yang telah dibuat olehnya yang dia mahu kahwin lari dengan Amirul!. Ternyata Rania telah kemaruk cinta sehingga tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
“Fikir masak-masak Nia. Kau bawa maruah keluarga bersama kau. Jangan sampai ayah kau terima padah kesan dari tindakan kau ni.” Pujuk Shafie. Tetapi Rania tidak termakan dengan kata-kata nasihat Shafie. Rania sememangnya sudah nekad untuk lari bersama dengan Amirul. Melihatkan kesungguhan Rania, Shafie terus menghubungi Amirul. Dia cuba menasihati Amirul supaya memujuk Rania tetapi Amirul juga seakan sudah mati akal. Bagi mereka, kahwin lari adalah satu-satunya jalan untuk menyatukan cinta mereka. Akhirnya Shafie mengalah dengan keputusan Rania dan Amirul. Mereka berdua telah merancang untuk meninggalkan Malaysia dan berkahwin di luar negara.
“Aku tak membantah apa yang korang nak buat sebab korang berdua dah besar. Korang dah tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi ia tak bermakna aku setuju dengan tindakan korang ni. So, kalau korang nak teruskan juga, kau uruskanlah semuanya sendiri. Aku tak akan masuk campur. Pandai-pandailah kau bagitau papa kau.” Keras nada suara Shafie. Lalu dia terus masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Rania seorang diri di halaman rumahnya. Dia menutup pintu dan terus mengunci pintu rumahnya. Dia benar-benar kecewa dengan Rania. Rania dan Amirul seperti sudah hilang pedoman. Cinta telah membutakan hati mereka.

...Untuk ketahui sambungannya, sila ke halaman berikut:


..Terima kasih kerana sudi membaca karya saya..... 

Saturday, 16 February 2013

SUMPAHAN or JODOH????

Makin aq lari dari Bahagian A tu makin dekat lak aq dengan Bahagian tu...

x habis isu buku ari tu yg bekas SUB aq masuk campur, skrang ni aq terima arahan yg aq kena join satu taskforce under Bahagian A. Aq ditukarkan ke taskforce tu tuk 9 bulan!!!

Terduduk aq dengar..aq pandang je SUB aq..aq tak mampu nak cakap apa2 dah..terus je aq balik bilik aq. Aq anggap yang aq x dengar semua tu...tu hanya mimpi..Tapi baru je beberapa minit, TSUB aq lak datang, bagitau yg aq kena join taskforce tu..

"Bos awak lepas ni bukan saya dah.."Sedih je aq dengar suara dia. Tapi aq tak mampu nak kata apa2. Fikiran aq kusut sesangat..aq kena TULAH ke? mana aq pergi aq kena kerja gak dengan dia? Aq diam. Aq tenung je PC aq. Serius aq dah xleh nak pikir apa2 dah. Bila fikiran aq dah stabil sikit, aq pergi jumpa balik TSUB aq, dia nampak risau sesangat. Dia kata dia hanya ada dua je pegawai, dan skrang nak tarik aq lak kuar. Sapa nak buat kerja aq? tergantunglah kerja2 tu. Aq rasa kesian lak dengar. Tapi aq memang tak nak join pun taskforce tu..nak mencari penyakit? apa guna aq kuar dari Bahagian tu kalo kena balik semula ke Bahagian tu? Walaupun kata join taskforce, tapi aq masak sangat dengan Bahagian tu..

Aq try merayu kat SUB aq, tapi SUB aq kata dah xde orang. Taskforce ni perlukan orng yang boleh memberi idea dan tahu mengenai Kementerian. Tapi aq baru je keje tiga tahun. Alasan aq x diterima. SUB aq tetap jugak bagi nama aq. Dia tetap berkeras kata aq boleh bagi sumbangan dalam taskforce tu..Rasa nak menjerit je..tapi aq dah mati kutu..x tau nak watpe dah..stuck habis aq nak wat keje..

Walaupun penubuhan taskforce tu berkuatkuasa 15 Februari 2013, aq x peduli. Aq tetap berkeras tak nak pergi. Aq tak nak pisang berbuah dua kali..luka lama belum sembuh lagi aq dah nak cari luka baru? memang gali lubang kubur lah jawabnya..

BALAS DENDAM

Hidup aq ni kan mcm x pernah habis2 dgn masalah di pejabat..aq pun x tau nape..dosa aq banyak sangat ke?..ntahlah..tapi ya kot..

Apa yang aq nak coretkan sebenarnya adalah mengenai bekas SUB aq di Bahagian A tu.... Aq pernah terlintas tuk balas dendam kat dorang gara-gara isu buku ari tu. Dorang suka hati je letakkan input dalam buku tersebut tanpa refer dgn aq. Actually yg buat buku tu aq sorang. Bos aq x amik tau lansung content dlm buku. Bagi dia, asal buku tu siap sudah. SUB aq lak, nak siapkan cepat, masukkan je apa input yg ada. Next year baru buat elok2. Sebab tu yg tau content dlm buku hanya aq. Dua2 bos aq lepas tangan.

Sebab tu bila bekas SUB aq masuk campur dan porak perandakan deraf aq, aq jadi marah. Lari habis deraf yg aq dah buat. Dorang tekan2 aq tuk siapkan cepat walaupun isinya salah. Sampai satu tahap tu aq rasa nak je terus jumpa TKSU. Aq nak cerita masalah sebenarnya nape aq tak boleh siapkan buku dalam tempoh yg ditetapkan..Tapi aq jadi x sampai hati..Bodohkan..inilah masanya tuk bongkarkan sikap xSUB aq tu kan? tapi aq jadi tak sampai hati bila kawan aq tanya satu soalan yg sangat simple tapi menyedarkan aq...

"Siapa yang train kau buat keje? yg jadikan ko seorang strong dlm buat kerja?"..

Terdiam aq. Aq x boleh nafikan, dialah yang mengajar aq..aq baru je gradute thn 2009, then thn 2010 aq dapat keje Pegawai ni. Keje ini adalah kerja pertama aq. Dan tanpa sebarang pengalaman kerja, aq diletakkan sebagai Pegawai Khas SUB Bahagian A. Enam bulan dia train aq buat kerja. Lepas aq buat something yg dapat menaikkan nama Bahagian A di mata Pengurusan Atasan, dia tukarkan aq menjadi Pegawai Tadbir Bahagian A di mana aq diberikan tanggungjawab tuk menguruskan Bahagian tu. Aq diarahkan tuk reOrg pentadbiran Bahagaian tu. Dan tanpa berfikir panjang, aq terima. Aq ubah proses kerja di Bahagian tu. Mulanya memang dapat tentangan, sampai menangis jugaklah kerani aq nak buat. Tapi aq tahan. Bila semua menunding jari kata aq salah, aq teruk. Aq diam sebab yg menyokong aq time tu TSUB aq dan rakan sejawat aku. Cukuplah sokongan dari dua orang tu..Jadi aq kuatkan juga hati aq, aq lawan dorang. Aq buktikan apa yang aq buat tu adalah betul. Peraturan Pentadbiran dan berubah, jadi kita kena berubah. Akhirnya, mereka nampak jua apa yg aq buat..dan skrang ni, apa yg aq buat dulu tu diteruskan walaupun aq xde sebab proses kerja tu menyenangkan.

Peraturan adalah panduan tuk kita menjalankan tugas. Jadi macam mana kita nak buat, terpulanglah pada kita. Jangan sampai menyalahi peraturan sudahlah.

Jadi, siapa pun aq skrang ni sebenarnya asuhan dari SUB n TSUB itu. Mereka berdua yang mengajar aq menjadi seorang Pegawai..sebab hampir 9 bulan aq di Bahagian aq yg skrang ni, tiada seorang pun yg mengajar aq. Di Bahagian ini sangat simple, "Kalo nak baut keje, buatlah. Kalo x nak sudah. Jangan menyusahkan orang lain cukup."

Jadi, aq x terpaksa padamkan niat aq tuk balas dendam tu....kerana Pengalaman Kerja di Bahagian A tidak ternilai harganya...


Monday, 28 January 2013

STRESS

Minggu ni menarik sangat...sebab banyak benda berlaku dalam minggu ni...ada duka, gembira, marah dan happy....sweet sangat...


1st sekali yg aq nak citer adalah berita yg paling gembira iaitu bekas bos aq kat Bahagian A tu dah dapat tukar!!!!..Finaly..dia dapat jugak tinggalkan Bahagian tu...seronok sangat...

Walaupun aq dah tinggalkan Bahagian A tu,  tapi aq still lagi berhubung dgn xbos aq ni sebab bagi aq dia adalah bos yang terbaik. Dialah yang mengajar aq cara buat kerja..takkan aq nak lupakan jasa dia..lagipun aq terhutang budi kat dia. Kerana dialah aq boleh keluar dari situ..Jadi bila ada masa-masa free, aq akan pergi berjumpa dengan dia tuk berborak dan sometimes tuk dapatkan pandangan berkaitan dgn hal keje. Pandangan org atas x sama dgn org bawah ni, jadi dia adalah rujukan utama aq tuk dapatkan nasihat dan bantuan.hehe..Lagi pun, ni satu-satu bos aq yg ada chemistry dengan aq...

Setiap kali aq datang jumpa dgn dia, dia selalu cakap dia nak keluar, aq memang kesian dgn dia tapi nak wat camne, aq tak kuat tuk lawan big bos. Dia pun dah jadi malas nak bekerja, semangat tuk keje dah mati. Sebab tu bila dapat tukar tu, dia happy sangat. Aq belum sempat borak panjang lagi dengan dia. Ari tu juz terserempak kat lif time nak balik, muka dia happy sangat..Aq nampak semangat tuk dia bekerja dah ada..syukur sangat..

Ok..next adalah cerita yang menyakitkan hati iaitu aq menyampah sesangat dengan bekas big bos aku ni iaitu SUB Bahagian A!!!Aq nak tulis pun jadi menyampah...pokoknya, aq diberi kesempatan tuk membalas dendam kat dia atas apa yg dia n the geng dia wat aq dulu..semuanya berpunca dari arahan untuk membuat sebuah buku. Bahagian aq diarahkan untuk membuat buku untuk Kementerian. Dan bos aq pas kan tuk aq yg buat. Tuk buat buku tu aq perlukan input dari setiap Bahagian..kerana satu kesilapan kecil aq yg tidak disengajakan, bekas SUB aq terpilih untuk moderator input2 tersebut..tapi hanya tuk time tu je..pas dari tu, aq yg akan selaraskan input-input tu. Tapi, takdir, bekas SUB aq tu gagal menjalankan tanggungjawabnya. Dia tidak dapat menghasilkan deraf input tuk buku tu.. Jadi aq kena selaraskan balik semula. Di sinilah yg menjadi masalahnya bila bekas SUB aq tu nak bersihkan balik imej dia di mata pengurusan tertinggi Kementerian. Dia haru birukan kerja aq. Dah elok aq ngan SUB aq berbincang rangka kerja tuk buat buku tu, suka hati je dia masuk campur, buat perancangan sendiri tak refer lansung kat kitaorg, pastu siap janji dengan TKSU nak siapkan buku tu next week!! Wei..yang buat buku tu aq..mana aq sempat nak siapkan buku tu next week.ko ingat aq takde keje cam ko ke?? Sakit ati tu aq dengan dorg ni..paling tak tahan statement pegawai kaki kipas dia tu ..

"Bahagian kamu boleh ke buat buku tu?..tengoklah ari tu..gagal..tengok saya buat, dah nak siap separuh dah.."

Wah, berlagak giler!!Rugi betul aq tak record perbualan kami tu..kan best aq dapat record. aku emel ke satu kementerian!!haha..jahat tul fikiran aq..tapi memang aq terasa giler sebab yang mengagalkan deraf buku yang aq buat tu bukannya org lain, SUB Bahagian A tu lah..sedap-sedap je tuduh orang...angin tul aq..apa lagi, aq lawanlah..cukuplah aq bersabar selama ni. Aq pun x tahu nape asal berkaitan dengan Bahagian tu je aq jadi panas..x pasal2 aq cabar dorang. Kalo betul nak lawan aq antar permohonan rasmi kat Bahagian aq yg korang nak buat buku tu..aq dengan rela hatinya akan serahkan kat korang..habis cerita. tapi tau lak korang takut..jadi korang tepon SUB aq plak tuk bincang lagi..haha..kelakarlah korang ni..korang ingat bila korg runding dgn SUB aq, dia akan wat keputusan on the spot..sorrylah..SUB aq ni lain dari yang lain..dia jenis yang bertolak ansur dan penyabar..of course lah SUB aq call aq balik tuk tanya aq yg boleh ke siapkan dlm minggu depan sebab dia tau yg buat buku tu aq..haha..korang ni nak amik kesempatan di atas kebaikan bos aq tak kena pada tempatnya..jawapan aq tetap sama..aku tak boleh nak siapkan minggu depan sebab deraf ari tu tidak diterima oleh TKSU jadi aq kena buat deraf baru!!Ok..SUB aq setuju dengan aq, dia benarkan aq buat keputusan...Noktah..perang dunia ke tiga bermula....dia SUB aq dan aq takkan benarkan korang pijak kepala dia...

Next story..adalah Berita yang gembira tuk diri aq lak iaitu..cerpen kedua aq dah siap..hehe..akhirnya..dalam sibuk-cbuk aq menjalankan tugas, dapat gak aq mencelah masa tuk berkarya...InsyaAllah aq akan publishkan dalam masa terdekat ni....


Tu jelah nukilan aq..lebih kepada melepaskan geram sebenarnya...hehe..

Thursday, 10 January 2013

Thursday, 20 December 2012

GERAM VS MARAH

Masalah takkan pernah berakhir...aq pelik lah dengan sesetengah orang ni. Kalo bab mengata orang atau mencari kesalahan orang, bukan ke main lagi. Tapi bila kena kat diri sendiri, pandai lak nak sorok. Buat-buat x nampak.

Hari ni memang aq angin giler, ditambah lak dengan tahap kesabaran aq yang memang dah menjadi semakin nipis..memang cari pasal lah kan.

Jangan diuji kesabaran sesorang sebab bila kesabaran tu dah hilang, dia akan menjadi manusia yang paling bahaya. Selalu tak dengar orang cakap macam tu? Kali ni aq nak bagitau, korang kena percaya kata-kata tu sebab ianya terjadi kat aq.

Hari ni aq dapat panggilan dari Pejabat Menteri yang Menteri nak buat mesyuarat pada 15 Januari. Jadi Bahagian aq kena aturkan mesyuarat tu. Menteri dah bagi tarikh, kenalah buat. Jadi aq terus maklumkan kepada SUB aq (Bos Besar). Mulanya bos besar ingat tu keje aq, aq pun betulkan balik bagitau, mesy yg dipengerusikan oleh Menteri, bukan aq yg uruskan. Tapi rakan sekerja aq.Ok lah. Bos faham jadi dia pun panggilah ofismate aq tu tuk discus.

After dorang discus aq ingat nak bantulah apa yang patut sbb ni first meeting kawan aq handle. Tapi bila aq tengok, dia rileks je, aq ingat xde masalah lah. Lagipun sblm ni meeting peringkat KSU aq boleh je buat sorang. Jadi aq ingat dia xde masalah. Lagipun, meeting dengan Menteri ni adalah lanjutan daripada meeting dgn KSU ari tu. Jadi maklumat mesy semua dah ada kat aq. jadi aku emelkanlah semua maklumat meeting dgn KSU ari tu kat dia.

Ingatkan ofismate aq ni boleh uruskan rupanya tak. First aq dah pelik bila aq dipanggil masuk sekali dlm discusion tu sbb masa aq uruskan meeting aq dulu, aq discus bertiga je. Tapi takpelah. Aq masuk je lah. Hanya sebagai pendengar..fikiran aku time tu. Rupanya tidak. Bila SUB nak clearkan lagi sekali meeting ni siapa yang handle sebenarnya, time tulah aq rasa nak marah. Tapi aq tahan lagi. SUB tanya nak jelaskan supaya dia boleh terus berbincang dgn PSU yang berkenaan, jadi aku pun bagitaulah ofismate aq. Dia pun angguk. Yang aq marahnya, tetiba je TSUB aq kuatkan suara maklumkan kat SUB yang kami sama-sama kena buat.Damn it!Sumpah aq terus pandang dia dgn muka tak puas hati! Nak tau sebab apa? Masa discus tentang persediaan mesy yg aku handle dulu tu, SUB nampak aq sorang je yg buat keje. Semuanya aq. Bila SUB tanya siapa yang uruskan mesy Menteri dgn KSU, selamba je TSUB aq cakap Aq buat sorang. Jadi SUB aq tak berkenan sbb benda ni berat. Bukan setakat meeting biasa, jadi dia suruh TSUB aq agihkan keje. Lagipun SUB aq tau ofismate aq tu takde task keje. Pastu bila diagihkan keje, dan secara mengejut dapat arahan dari KSU dia nak buat meeting, TSUB aq suruh aq buat sorang je. Langsung tak suruh ofismate aq tolong. Dan skrang bila ofismate aq dapat arahan kena buat meeting, dia mintak aq bantu. Kalo bantu dari segi logistik aq bleh terima lagi. tapi ni nak suruh aq sediakan dokumen mesy dan perutusan pengerusi!

 Hellooo, benda tu dulu aq buat sorang2 ok..ni bukan bantu namanya..ni dah kira amik alih terus. Habis tu dia tu nak buat apa? Ko tak yakin dgn dia jadi ko nak suruh aq buat? Sorrylah, kalo ko marah dan paksa dia buat, dia tak buat baru aq tolong. Ni tak, ko tengok dia slow, buat tak endah, ko nak suruh aku buat? kirim salam lah..aku bukan Zara yang dulu yea..Sebab nak bantu oranglah, aku dianaiyai..orang tak faham dgn niat kita. Dulu aq nak bantu ringankan keje orang, semua pegawai kat situ tabur fitnah kata aq nak bolot semua keje, nak bodek bos. nak tunjuk bagus. Skrang sorilah. Aq dah x termakan dgn simpati ni..

Disebabkan sikap aq yang buat tak layan dgn dia, lastly, TSUB aq pohon tuk batalkan meeting tersebut..haha...lantak koranglah..pergilah jawab dgn Menteri..korang yang mintak tarikh dengan Menteri nak buat meeting, bila Menteri dah bagi, korang nak kanselkan...tanggunglah akibatnya...


*Semua orang ada minat masing-masing. Aq minat sangat dengan bidang penulisan. Kalo boleh, setiap masa aku nak berkarya. Tapi agak-agaklah. Kita keje makan gaji. Ni keje yang diamanahkan, jadi buat jelah. Kalo tak nak, berhenti je lah keje. Takde sapa pun paksa kita untuk bekerja...Semua org bekerja untuk duit. Tapi jangan sampai duit tu haram sudahlah. jadi lebih baik buat keje lebih dari buat keje kurang sbb kita tak boleh nak nilai haram atau halalkah gaji yg diterima itu...


Sunday, 18 November 2012

PRODUK KECANTIKAN [BAHAGIAN 1]

PRODUK KECANTIKAN..

Tajuk yang sangat sinonim dengan WANITA kan...


Aq ni bukanlah taksub atau minat sangat dengan kecantikan ni. Tapi macam biasalah, disebabkan aq ada sorg member masa study kat U dulu sangat obses dengan kecantikan jadi tempaisnya pun kenalah kat aq.

Jadi aku nak berkongsilah serba sedikit rententan pemakaian produk-produk kecantikan ni dalam hidup aq...

Sejak zaman aq masuk sek men, satu-satunya produk yg aq pakai adalah Nivea Visage Facial Wash. Aq pun tak tahu kenapa produk ni jadi pilihan aq. Walaupun produk ni tidak berkesan lansung kat aq, malah jerawat, naik silih berganti aq tetap cekal memakainya.

PRODUK 1 : NIVEA VISAGE FACIAL WASH


Selepas cuci muka aq akan pakai krim yang sangat famous era tu iaitu

KRIM FAIR N LOVELY

Aq pakai kombinasi dua produk ni dari form 1 sampai form 3. Pastu, masa form 4 aq masuk asrama n aq terpengaruh dengan kata2 kawan aq supaya trylah produk lain sbb produk tu terang-terangan x berkesan kat aq. Yelah..jerawat dan parut hitam jelas kat muka aq. Muka aq time tu memang teruk.

Jadi akup un trylah produk kedua iaitu Safi Balqis.

PRODUK 2 : SET SAFI BALQIS.


Time aq pakai tu juz Safi Balqis je. Skrang dah upgrade jadi Safi Balqis Perfect 10. Yang tetap sama adalah warna temanya iaitu BIRU.
Aq juz pakai 4 item je iaitu Pencuci Muka, Toner, Krim Siang dan Krim Malam.

Aq pakai selama setahun dengan hanya satu set pembelian sahaja. Aq berenti sbb produk tu dah nak exp. Dalam keberatan aq pun buanglah. Membazirkan. Tapi nak wat camne. Aq pakai ikut mood sbb krimnya sangat cair. Aq jadi malas nak pakai. Macam tulah jadinya.

Alih2 aq terpaksa kembali semula ke produk asal aq iaitu Nivea Visage Facial Wash + Krim Fair N Lovely sampailah aq masuk U. Senang. Habis cerita.

Aq tabah memakainya selama bertahun-tahun tanpa ada sebarang perubahan kat muka aq. Aq pun tak tahu kenapa aq setia dengan produk tu...maybe sebab aq malas nak memikir kot..hehe..

Bila dah masuk U, time semangat baru, aku pun tukarlah produk kecantikan yang lain. Tapi pencuci aq tetap pakai Nivea Visage Facial Wash.

Ni produk yang aq pakai selama dua tahun aq belajar kat U. Last year aq dah mula berubah..hehe..

PRODUK 3 : NIVEA VISAGE FACIAL WASH + SCRUB RANIA + NIVEA VISAGE WHITENING DAY CREAM


Lagi setahun pengajian aq nak tamat, aq akhirnya terpengaruh dengan hasutan member rapat aq...Dia telah mengubah wajah ku..hehe...


Nak tau macam mana..kita jumpa di next entry....