Friday 21 September 2012

CATATAN DIARI : TAKDIR YANG TERINDAH

Assalamualaikum....
Korang pernah dengar tak pepatah yang selalu orang kata cam "Tiada siapa pun yang dapat duga takdir", "Setiap yang pahit itu ada kemanisannya" atau "Setiap yang berlaku tu ada rahmatnya"...

Dulu time aq dengar orang cakap macam tu, aq diam je..paling-paling pun aq akan cakap..."Maybe..". Tapi kini, setelah mengalaminya. Aku setuju sangat dengan apa yang dikatakan itu.

Dulukan aku ada masalah dengan pegawai-pegawai di Bahagian A. Setiap masa mereka akan mencari kesalahan aku. Aku penat sangat nak lawan dengan mereka. Aku bertahan kat situ pun kerana adanya bos aku yang bagi aku baik (Handsome..hehe..). dia tidak terpengaruh dengan kata-kata fitnah dari mereka tu. Bila dia nampak aku cam stress je, dia akan panggil aku, berborak dengan aku. Dia akan tenangkan hati aku..(cair...hehe..). tapi sampai bila aku boleh tahan kan? Akhirnya aku mengalah. Aku nak berhenti keje. Kerana tak tahan dengan perangai-perangai mereka tu aku rasa benci sangat dengan jawatan PTD ni.. Aku rasa menyesal sangat time tu tima jawatan ni. Tapi nasib aku baik sebab bos aku ni jenis yang sangat memahami. Dia tak mahu masa depan aku terhenti sebab dia kata aku berbakat dalam bidang PTD ni. Dia pun tak setanding dengan aku. Walaupun dia cakap macam tu, aku tetap nak berhenti sampai aku merayu kat dia tolonglah tima perletakan jawatan aku. lastly, dia cadangkan aku tukar Bahagian. Dia akan cakap dengan bos besar. dia sanggup tanggung risiko tuk cakap dengan Dato'. atcually Dato' pun berkeras tak bagi aku keluar dari Bahagian tu. yelah kan kalo aku keluar dari Bahagian tu sapa lagi nak jadi kuli batak dia kan..Jadi akhirnya Bos aku  tanda tangan perakuan aku keluar dari Bahagian tu.
Aku tunggu dan terus menunggu..bila lah surat pertukaran aku nak keluar ni..hampir dua minggu aku menunggu barulah aku dapat tahu, pertukaran aku tak buat lagi sebab tiada kekosongan. jadi disebabkan aku tak tahan dan tak sabar-sabar nak keluar dari situ, aku cari sendiri kekosongan. Dan akhirnya aku dapat satu kekosongan di Bahagian B. Bos besar di Bahagian B tu sendiri panggil aku dan bersetuju tuk tima aku kat situ. Jadi aku maklumkan kat Bahagian HR tentang kekosongan tu. Tunggu punya tunggu, aku jadi pelik. Dah dua bulan, kenapa surat pertukaran aku tak dapat lagi. Jadi aku pun pushlah Bahagian Sumber Manusia. Push punya push, akhirnya aku dapat jugak surat pertukaran aku yang berkuatkuasa lagi seminggu dari hari yang aku dapat. Ok. Baca surat tu aku jadi hairan kerana aku ditempatkan di Bahagian C. Pelik dan Hairan...Tapi aku tak kisah sebab yang paling aku nantikan adalah untuk keluar dari Bahagian A tu....
Setelah beberapa bulan aku di Bahagian C ni..akhirnya terbongkarlah rahsia..Mereka kata mereka pohon pegawai dari HR tak sampai seminggu terus je dapat. Jadi aku dapat masuk Bahagian ni sebab mereka request dan pihak HR tanya Bahagian ni nak tak aku jadi pegawai kat situ? Dan Bos besar kat sini. Sudi tima. Dia tak kisah. Risik punya risik. Akhirnya aku dapat tahu satu berita yang sangat mengejutkan.

Bos besar di Bahagian B adalah kawan baik Bos aku. Dia dapat tahu dari bos aku yang aku ni bagus dan tiada masalah. Mereka selalu bercerita tentang hal keje masing-masing. Dan bos aku kata aku banyak cover keje dia. Jadi bila dapat tahu aku nak tukar dia rasa pelik. Jadi dia suruh staf dia cek la kenapa aku nak tukar Bahagian. Di sinilah puncanya kenapa aku tak pergi Bahagian B. Staf Bhgn B call pegawai di Bhgn A iaitu Cik A tuk cek punca aku keluar.  Si A nilah punca aku nak keluar dari situ. Sebabnya si A adalah Batu Api. Dia akan menokok tambah cerita-cerita fitnah yang disebarkan oleh tiga mangkuk ayun tu...Jadi apalagi..Dah diberi peluang untuk bercerita takkan dia nak lepaskan peluang.
Dengan penuh yakin dia cakap kat Staf B tu yang aku ni ada masalah dengan bos-bos kat situ. Aku ni besar kepala. Sebab tu aku nak keluar. Ok. Staf B tu percaya. Akhirnya Bos besar di B tak jadi nak tima aku then dia call HR mintak HR decide sendiri dan tempatkan aku kat Bahagian lain. dan takdir. serentak dengan tu, Bahagian C mintak tambahan pegawai. Di situlah bermulanya penerimaan aku di Bahagian C ni.

Mulanya aku marah dengan Bahagian A ni sebab menabur fitnah yang bukan-bukan kat aku. Aku nak keluar pun stil nak tabur fitnah ke? Bila dah lama aku di sini..Akhirnya aku rasa something yang aku tak pernah rasa selama ni. Aku rasa a normal life..sebelum ni aku takde masa tuk diri sendiri. Kehidupan aku antara rumah dan pejabat. Dan boleh dikatakan hari-hari aku bawak balik keje. Tapi kat sini, semua tu tak. Keje kat Bahagian sini tak seteruk sana sebab kat sini kejenya tak stress. Bos-bos kat sini tak mendesak nak semua keje cepat. Mereka bagi masa tuk kita buat. Dan yang paling ketara kat sini adalah "Keje sendiri manage sendiri. Tapi kalo perlukan bantuan. cakap. mereka akan bantu. Dan bantuan yang diberikan akan mengikut kehendak kita sebab kita adalah owner keje tu!!" Inilah yang aku nak sangat. Sebab kat A tu. Jangan haraplah.. Semua keje aku nak masuk campur pastu siap arahkan aku kena buat mcm mana. bila salah, tak nak tanggung. Aku kena tanggung sorang2. Takkan nak suruh kerani aku lak. Of couse la aku yang kena. Favourite ayat Bos besar aku kan.."Zara..everything u handle fail!!!enough!!! from now stop doing anything!!" or "Zara, u're officer right. Takkan itu pun I nak ajar. Fikirlah sikit. Use ur brain!!!!"....Sekarang ni semua tu dah tinggal kenangan...Serius..Kat Bahagian ni aku tak pernah kena tengking, herdik atau marah. Dua bulan awal aku kat sini, pergerakan keje aku slow sebab aku nak tengok dulu culture keje kat Bahagian ni. So far aku tengok biasa je. Tapi bila dah lama kat sini aku rasa best. Part yang paling aku terkejut bila bos aku suruh aku buat kertas kerja tuk diangkat kepada KSU. Aku tak berapa jelas dengn arahan dia aku buat tak tahu jer la. Aku ingatkan dia hanya berborak kosong sebab cara dia cakap kat aku macam berborak tapi tak sangka lak rupanya tu arahan. Then bila aku dipanggil oleh Bos besar tuk tanya status kertas keje tu, aku terpaksa jujur cakap aku tak buat apa-apa lagi sebab aku tak tahu. Dalam hati aku dah kecut. Confirm kena marah. Tapi tak..Dia kata takpe. Buat je lah dulu. Bila dah siap nanti bagi deraf kat dia, dia akan tambah apa yang patut. Aku tanya nak bila? Dia juz kata "Bila kamu dah siapkan."...Serius aku tergaman. Sebab kalo kat Bahagian A. Sure dah aku kena maki hamun. Bersyukur sangat....Aku ditempatkan di Bahagian ni. Dan kesyukuran aku jadi bertambah bila pegawai dari Bahagian B datang jumpa aku kat pejabat aku. Bercerita tentang nasib dia kat Bahagian tu. Dia rasa stress sesangat sampai dia nak berhenti keje. Bos-bos kat situ tak boleh hidup tanpa anak buahnya. Dia akan kerah tenaga anak buahnya habis-habisan sampai anak buahnya takde life lansung. Cuti pun tak dibenarkan. Aku yang mendengar hanya boleh bagi nasihat je. Tetiba aku teringat kehidupan aku di A. Macam tulah aku. Takde life dan selalu menangis. Sampai aku dah tak mampu tuk menangis lagi. Pegawai B tu ada cakap yang Bos Besar dia agak kecewa sikit sebab tolak aku dulu. Rugi tak tima aku masuk ke Bahagian tu.
Tapi kini, melihat nasib kawan aku macam tu. Aku rasa bersyukur. Aku ucapkan tima kasih dekat Si A yang batu api tu sebab kerana fitnah dia aku tidak ditempatkan di Bahagian tu. Syukur sangat. Kalau tidak mesti life aku tak berubah.
Jadi, kini aku kena sentiasa berfikiran positif kerana di sebalik kepahitan pasti akan ada kemanisan kerana Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba Nya. Kita sebagai hamba kena sentiasa redha dan tabah menghadapi segala dugaannya. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa kerana Allah tidak pernah membezakan hamba-hamba Nya.

Sama-samalah kita saling mengingati.....

Terima Kasih....


3 comments:

  1. mana2 tmpt keje pun mesti ada kaki bodek,fitnah sana sini,lagi2 kalo cun ckit mcm2 org buat,sampai satu tahap kain dalam kita pun dorank nk amik tao,heeeee...

    ReplyDelete
  2. betul tu. sekarang ni kat mana sama je. gov or swasta, tetap ada kaki bodek ni. yg sengsaranya orang bawah.

    ReplyDelete