Friday 10 February 2012

LOVE : PERMATA KASIH

Oleh : Zara Nur Arissa

Hati ini berbisik sendirian
Kenapa permata ini dimusnahkan
Kenapa kaca ini disinari cahaya
Hati ini terus berbisik
Seolah memanggil dikau
Untuk menerang segala yang ku pasti
Kerna ku tidak mahu dilukai

Ku pohon sinarilah permata ini
Permata ini yang telah kita cipta
Dari dua jiwa sekeping hati
Biarlah kaca itu berderai
Ku tak sanggup lagi
Membiarkan mutiara ini jatuh
Meninggalkan kelopak ini
Jangan biarkan permata ini musnah
Hanya kerana kaca itu
Sinarilah permata ini

No comments:

Post a Comment