Saturday 3 November 2012

PRODUK KURUSKAN BADAN : PERFECT 80

BAHAGIAN 1


Sejak abadi lagi kaum Wanita sering dikaitkan dengan kecantikkan...termasuklah aq..
Mulanya aq tak berminat dengan benda ni semua. Asalnya aku ni aktif sukan. Aku suka bola sepak. Aku aktif bermain bola sepak masa sekolah rendah. Setiap petang aku wajib akan main bola sepak kat laman jiran aq (walau pun bukan padang bola juz court badminton..pun kira bolehla.)

Tapi minat aku tu terpaksa dihentikan bila aq dah masuk sek men. Kata cikgu dan jiran sekeliling, "Bola Sepak hanya tuk lelaki".Bosan kan hidup?.. Tapi x lama sebab aku dah mula tersuka kat sukan badminton..time tu tgh hot kisah Anak-Anak Sidek okeh..jadi sukan yg paling popular time tu adalah BADMINTON..jadi aq pun minatlah kat sukan tu..Jadi time hari Kokurikulum, aku excited lah pergi sekolah, semata-mata nak main games tu..

Tapi tak lama..starting form two...sesuatu telah berlaku dalam hidup aq..aq mula berubah..aku x berminat dah nak bersukan..keje aku hari-hari hanya tuk makan pastu tido..bosan, makan balik. Tu je lah hidup aq...akhirnya, badan aku yang normal tu telah bertukar menjadi OBESITI...obesiti terlampau...tapi aku peduli apa..lantaklah..aq x berminat nak jaga penampilan. Sampailah aku masuk U pun aku tetap macam tu..dah obesiti, pastu x juga penampilan diri, x jaga muka..So aku termasuklah dalam kalangan Wanita HODOH...selalu gaklah aku kena perli dan ejek dgn rakan2. Bagi aku lantak koranglah, asal x memudaratkan diri aku, aku tak kisahlah..

Tapi sejak aku masuk keje, aku selalu ditegur supaya jaga penampilan diri sebab seorang pegawai kena ada penampilan diri yang baik untuk menyakinkan oorang lain..Bos aq siap nak hantar aku gi kelas grooming, nasib baik aku dapat elak.Pelbagai alasan aq bagi, akhirnya dapat gak aku lepaskan diri.

Tapi sejak aku pindah ke Bahagian baru ni, aku selalu kena ikut bos pergi Meeting and Conference kat luar. Selalu gak lah aku kena tinggal kat belakang sebab jalan slow (Jalan slow bukan nak cover jalan, tapi sebenarnya badan aku dah berat aku dah x boleh jalan laju!)...Gila lah..sampai satu tahap tu aku dah tersesat sebab kena tinggal n ada sekali tu bos aku terpaksa tunggu aku dalam kereta sbb aku jalan lambat! Malu sesangat..Jadi nak dipendekkan cerita, aku mulalah google tip2 tuk kuruskan badan. (Actually aku ni malas nak bersenam..minat aku terhadap sukan dah berakhir..)

Memandangkan keazaman untuk kurus telah ada dalam diri aku, jadi aku pun belilah satu produk Slimming ni. Kebetulan ramai yang kata buah prun bagus tuk kesihatan, dan kebetulan anak kawan ayah aku pernah mencuba produk tersebut, dan ianya berkesan, jadi aku pun belilah.

Inilah produknya...PERFECT 80 (Perisa Buah Prun)




Harga sekotak adalah RM178 untuk 18 botol (9 botol siang, 9 botol malam). Kena minum satu botol selepas makan sarapan pagi (sekitar jam 10.00 pagi) dan satu botol lagi selepas dinner (time supper).

Uncle tu kata kena minum lima kotak tuk dapatkan hasilnya. Jadi aku pun belilah lima kotak, Terpaksalah aku spend RM890. So far produk ni bagus, tapi x sesuai kot dengan aku sebab corak pemakanan aku x seimbang.

First week aku minum ok tau. Sebab dapat mengurangkan selera makan aku. Lagipun aku ikut jadual. Dalam seminggu tu aku turun dalam tiga kilogram. Tapi disebabkan aku ni jarang makan sarapan pagi, pastu aku pulak selalu terlupa nak minum waktu malam. Jadi ia tak berkesan sangat kat aq. Berat aku seimbang dan kadang kala turun. Kira oklah sebab tak naik berat badan. Tapi aku tahan dalam tiga bulan je. Aku banyak skip minum. Rasanya lak x sedap, apa lagi aku pun stoplah. (Hangat2 tahi ayam kan aku ni?)

Bila dah stop ni, mulalah berat badan aku naik gila. Ada sekali tu aku timbang 80KG..Gilalah...Tapi aku still x wat apa2 pun..aku biarkan..

Beberapa bulan selepas tu, tibalah bulan Ramadhan..nak dijadikan cerita, masa bulan ramadhan ni aku berbuka dan solat terawih kat ofis. Bila aku balik umah, aku terus tido. Lagipun aku jarang sangat bersahur. Aku lebih sayangkan masa tido aku dari bersahur. Bodoh kan. Ramdan sekali je setahun, tido tu tiap-tiap ari kot..haha...tapi itulah aku..sebulan berpuasa ni aku dapat result yg bagus..berat aku turun ke 73KG..

Bila dah turun ni, aku jadi bersemangat balik nak kuruskan badan. Aku timbang berat dah turun tapi saiz badan aku tetap je besar. sama je saiznya. (Aku ukur saiz perut dan punggung sebab kat situlah banyak lemak.)

Jadi aku pun google lah lagi cara nak bakar lemak plak. Sebab walaupun berat dah turun tapi saiz badan tetap sama, aku rasa x best lah..kalo boleh aku nak keciklah. biar seimbang dengan ketinggian aku..Biasalahkan perempuan...

Jadi bermulalah misi aku tuk membuang lemak-lemak di badan dan seterusnya menguruskan badan yang obes ini...

MISI AKU YANG SETERUSNYA ADALAH LONDON WEIGT MANAGEMENT..





Setersunya aku akan ceritakan pengalaman aku dengan pusat pelansingan badan ini..Jumpa di next entry yea...

No comments:

Post a Comment