Friday 5 October 2012

CATATAN DIARI : SERBA SALAH

Assalamualaikum...

Apa reaksi korang bila berjumpa semula dengan bos lama? Korang tegur tak? Biasanya kita akan tegur kan?

Mulanya aku pun ingat nak tegur jugak. Selama aku bekerja di Bahagian A tu, dialah satu-satunya TSUB aku. KPSU aku sentiasa bertukar silih ganti. Dan aku jugalah satu-satunya PSU di situ yang bertahan dengan satu jawatan lebih dari dua tahun. Bahagian tu memang terkenal dengan Pusingan Kerja. kadang tu tak sampai tiga bulan pegawai tu kat jawatan tu dah kena tukar jawatan lain...Jadi oleh kerana aku PSU kepada TSUB aku ni yang paling lama, jadi kami agak rapat. Aku selalu jugaklah berborak dan bergurau senda dengan dia. Dia pun kelakar jugak orangnya.

Walaupun tempat kerja aku dan bekas TSUB aku ni tak sama, kekadang tu kami akan terserempak. Bila terserempak, kami hanya berbalas senyum. Kami jadi janggal utk berborak. Aku pun tak tahu kenapa. xbos aku pun nampak takut nak berborak dengan aku. Cara dia bercakap dengan aku pun seolah-olah mcm dia x pernah kenal aku.

Aku ingatkan hanya dia je yang macam tu, rupanya tak...boleh dikatakan semua pegawai-pegawai kat Bahagian A tu mcm takut nak bertegur sapa dengan aku...ntahlah...apa yang mampu aku lakukan, aku hanya boleh berdoa supaya culture pegawai-pegawai di situ berubah. itu je....

Thanks....