Monday 11 June 2012

FT ISLAND




FT Island..Kumpulan muzik yang sangat popular kat KOREA... kalau korang minat kat muzik KPOP, mesti korang kenal kumpulan ni. Kumpulan ni bukanlah kumpulan KPOP, tapi lagu kumpulan ni sangat best..muzik mereka best sesangat..cuba korang dengar lagu Barae, Thunder, Missing U, Heaven, Severely, Love Sick, Love Love Love...mesti korang akan jatuh hati dengan kemerduan suara Hong Ki dan kehebatan pemain gitar dan dram...tak rugi kalau korang beli album-albumnya...




Friday 8 June 2012

CATATAN DIARI : PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR

Tiada siapa yang dapat menduga takdir Illahi. Kalau yang tersurat itu pedih untuk diterima, percayalah sebenarnya Allah telah menetapkan yang tersirat adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.

Aku ingin kongsi sedikit pengalaman hidupku buat pendoman anda semua...

Suatu waktu dulu, aku asyik berendam air mata. Aku menangis memikirkan kenapa mereka buat aku macam tu? kenapa mereka sanggup memfitnah aku? kenapa masalah sering menimpa diriku.

Pengalaman ini bermula sewaktu aku ditawarkan untuk bekerja sebagai seorang pegawai kontrak Kerajaan. Walaupun aku tak tahu apa tugas PTD, aku tetap terima untuk dijadikan pengalaman kerja memandangkan aku fresh gradute dan skrang ni keje sangat susah nak dapat. Jadi, walaupun kontrak aku terima demi nak dapatkan pengalaman kerja.

Biasalahkan lumrah kehidupan, orang macam aku yang baru habis belajar empat bulan, then terus kerja sebagai pegawai tanpa ada sebarang pengalaman kerja, tentulah aku banyak buat silap dan selalu kena marah oleh big bos. biasalahkan. Adat dan lumrah dalam alam pekerjaan. tapi aku tak jadikan itu sebagai penghalang untuk aku mengalah. aku terus belajar. ku improvekan diriku. setiap teguran yang diterima aku simpan kemas dalam kepala aku bukannya hati sebab melalui teguran itulah aku takkan ulangi kesilapan yang sama.

Prestasi kerja aku meningkat dari sehari ke sehari. kalau dulu, bos begitu susah nak percaya kat aku. dia macam risau je bila keje bagi kat aku. takut tak siap. tapi lama-kelamaan, dia mula mempercayai aku. setahun aku perlu buktikan kat dia yang aku mampu dan boleh buat keje. itupun setelah aku mengharumkan nama dan Bahagian dia dalam kelompok pengurusan atasan. Jadi, selepas dia percaya dan yakin yang aku boleh buat keje barulah dia serahkan semua keje kat aku. Dia? rehat jelah akt ofis. nak susah watpe kan, aku kan ada. mulanya aku tak kisah, sebab yalah. ia pun akan menyenangkan keje aku gak sebab bos percaya kat kita kan. Semua keje yang diarahkan, aku akan buat tanpa sebarang bantahan. tak sangka lak ada orang amik kesempatan, dibaginya keje kat aku gunakan bos aku. bos aku lak baik. disuruhnya aku bantu orang tu. tapi takpe, aku tima sebab lagipun aku tak pernah buat keje-keje tu, jadi apa salahnya aku tolong. at least aku dapat gak pengalaman dan ilmu.

Dari sehari ke sehari, aku makin mahir dalam buat keje. bagi jelah apa pun keje, dengan sendirinya aku dapat selesaikannya. Aku patut ucapkan berbanyak terima kasih kat bos aku, dialah yang banyak mengajar aku dalam menyelesaikan sesuatu kerja. dia akan cakap terus apa yang dia nak. senanglah bekerja dengan bos macam ni sebab dia tahu apa yang dia nak. Cuma letih sikit sebab dia tak tahu mcm mana nak dapatkan apa yg dia nak tu. tapi tu bukan halangan. sebab Alhamdullilah, aku diberi kelebihan. aku agak kreatif dan biasalah kan org muda. aku ada byk idea. jadi dengan sendirinya aku boleh plan macam mana nak dapatkan apa yang dia nak tu. cara camne nak dapatkan, terpulang kat aku. asalkan apa yang dia nak tu ada dan siap. bestkan keje dengan bos macam ni.

Tapikan, rupanyakan, kelebihan inilah yang menjadi musuh aku yang sebenarnya.

Kemampuan aku dalam membuat keje itulah yang menjadi punca masalah yang aku hadapi. Ketika aku belajar membuat keje tu semua, niat aku hanyalah untuk menimba ilmu dan kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh. pegawai kontrakkan? time nilah kita nak kumpul ilmukan. tapi tak sangka, rupanya ia menjadi satu masalah yang berat untuk aku tanggung.

Rupanya ada orang yang tidak boleh terima. Mereka buat macam-macam perkara untuk gagalkan aku. mulanya aku tak tahu kenapa macam-macam masalah timbul. aku ingatkan memang aku salah, tapi bila difikirkan balik, macam pelik je bila big bos marah hanya kerana perkara kecik.

Lama-kelamaan baru aku tahu, bukan aku yang salah. Perkara tu semua terjadi sebab ada orang yang cuba sabatoj semua keje aku. Mereka tak boleh terima aku yang pegawai gred rendah ni mampu atasi mereka. Mereka cuba bermacam perkara tuk jatuhkan aku. Bila aku diberikan tugasan untuk buat event, mereka akan cuba tuk gagalkan. tapi bila tak berjaya, mereka racun bos-bos dan pegawai kat situ untuk hentikan program-program yang aku sedang handle. memang aku sakit hati. tapi aku diam je. lantak doranglah.

Tak cukup dengan tu, kalau mereka tak berjaya sabatoj kerja aku, mereka akan taburkan fitnah tentang aku dan racun orang sekeliling aku yang aku ni memandai je buat tu semua tanpa kelulusan bos. Aku masih boleh bersabar sebab bos aku tidak terpengaruh. Dia tak ambil peduli semua tue. Bos aku buat tak tahu je. malah dia nasihatkan aku jangan ambil peduli semua tu. tu suma lumrah di alam pekerjaan. jadi aku hanya mendiamkan diri je. lantaklah apa nak jadi. aku bertahan kat situ hanya kerana bos aku sorang tu. aku sangat hormatkan dia.

Tapi kesabaran aku akhirnya teruji bila kawan sendiri tikam aku demi nak tutup kesalahan diri sendiri. Dia gagal dalam mebuat tugas yang diamanahkan dan dia tolak semua kesalahan tu kat aku. Tak cukup dengan tu, dia tabur fitnah lagi. Yang paling menyedihkan hati aku, apabila bos yang aku harap dapat melindungi aku rupanya termakan dengan kata-kata mereka...akhirnya dia terpengaruh!!!!

Dia panggil aku untuk bersemuka. walaupun dia tak marah, hanya memberi nasihat dan tegur supaya aku tak ulang kesalahan tu, ia sebenarnya terlalu pedih tuk ditanggung. Selama dua tahun aku bekerja dengan dia, dia boleh percaya yang aku buat semua tu.

Hati aku menangis mendengar segala teguran dia. Then ada satu part, aku dengan sendirinya tergelak. tergelak bukan aku nak perli bos aku. tapi aku rasa kelakar sebab bos aku bercakap tanpa fikir kelogikan kesalahan tu. Nampak sangat yang bos aku dah termakan dengan kata-kata mereka. Aku tak listkan keje apa yang aku buat dan aku buat keje selama ni nak nama.....dua tahun aku keje dengan dia, dia boleh  kata aku camtu. semuanya gara-gara dia termakan dengan kata-kata pegawai yang hanya berkerja dengan dia just dua minggu je....

Aku kalah akhirnya..(fikiran aku time tu. tapi rupanya Allah itu maha adil). Aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Masalah makin bertambah. Mereka tak habis-habis sabatoj aku. aku benar-benar tak tahan. Hari-hari aku makan hati. sesaat time aku bersendiri, air mata aku mengalir. aku tak dapat menerima kenyataan. semuanya ibarat kisah novel, yang plotnya telah tersusun kemas. aku dah penat menangis. so aku diam je. apa-apa benda yang dengar dorang kata pasala aku. aku just senyum dan cakap "betullah tu." aku dah malas nak cakap "mana ada" "saya tak buatlah" "bukan macam tu". aku dah letih dan hanya berdoa supaya semuanya berlalu pergi seperti angin.

Akhirnya, kebenaran terbukti jua. Aku tak perlu buka mulut untuk buktikan aku tak bersalah. aku tak perlu berjuang untuk membela diri. Seperti yng telah diriwayatkan bahawa Doa orang yang teraniaya ni dimakbulkan.

Selepas dari itu, mereka masih cuba masuk campur dalam keje aku dan cuba mencari masalah dengan aku. Tapi, syukur Alhamdulillah. Mereka timbulkan masalah tu, dan mereka sendiri yang kena selesaikannya. Aku tak perlu mengalirkan air mata. Juz diam dan dengan sendirinya kebenaran terbuka.

Sedikit demi sedikit kebenaran terbongkar dan ia telah membuka mata bos aku. Dia rasa bersalah kerana terpengaruh dengan kata-kata mereka. Tapi semuanya dah terlambat. Aku dah tiada hati untuk bekerja di situ. Aku tetap nak berhenti. actually, aku tak boleh bertukar ke Bahagian lain kerana aku kontrak. aku hanya boleh bertukar hanya dengan kebenaran big bos sahaja.  big bos tak bagi aku tukar. jadi aku tiada pilihan lain selain berhenti sahaja.

Jadi tuk atasi rasa bersalah, bos aku sign surat pertukaran aku. Dia tolak surat perletakan jawatan. dia lebih rela aku tukar Bahagian dari berhenti keje sebab katanya masa depan aku masih panjang lagi. Jadi aku masih dapat terus bekerja. Tapikan, masalah tak pernah berakhir. Saat aku hendak bertukar pun, dorang masih cari masalah dengan aku. aku bertukar sebab aku bermasalah dengan kerja dan bos!! Lantak koranglah. Akhirnya, aku ditempatkan di Bahagian yang selalu menimbulkan masalah. Mulanya aku marah gak dengan orang yang buat fitnah tentang aku tu. ye lah, asalnya aku pohon tuk pergi ke Bahagian lain, tapi Bahagian tu tak tima aku disebabkan fitnah yang ditabur tu. Tapi nasib aku baik sebab ada gak Bahagian yang sudi tima aku.

Permulaan aku di Bahagian ni agak slow. tapi akhirnya, aku dapati sesuatu yng lain dari yang lain. Sedikit demi sedikit, Kebahagiaan datang menjelma. Siapa sangka, sewaktu ketika dulu aku asyik menangis, tapi kini. setiap saat aku tersenyum. Bos dan big bos di Bahagian aku ini menghargai setiap keje yang dibuat oleh pegawai-pegawainya walaupun kerjanya tidaklah sesusah mana pun. perhatian dan penghargaan yang diberikan memang diluar jangka. dan disebalik itu juga, aku temui kebahagiaan yang aku impikan. Kekadang aku terserempak gak dengan mereka tu, tapi nampaknya mereka masih tak berubah. mereka masih mencari masalah dengan aku. perangai mereka tak pernah berubah. maybe sebab mereka belum tima pembalasan kot. tapi entahlah.

Sebab, apa yang aku nak sampaikan bukanlah setiap yang jahat tu akan tima pembalasannnya. Cuba fahami ringkasan citerku tadi. Siapa yang bahagia akhirnya antara aku dengan mereka. mereka masih macam tu. tiada perubahan dalam kerjaya mereka. sedangkan aku telah temui sesuatu pengalaman dan kebahagian yang sangat di luar jangka.

Jadi, pembalasan ke atas perbuatan jahat mereka itu, telah Allah balas dengan memberikan kebaikan dalam hidupku.

Syukur Allhamdulillah.

Tiada siapa yang dapat menduga apa yang berlaku dalam kehidupan mereka di masa hadapan. Jadi berdoalah agar Allah permudahkan dan melindungi kehidupan kita.